Bekas Ketua Polis Negara

Bekas Ketua Polis Negara
Tan Sri Musa Hassan

Monday, June 21, 2010

SURVIVAL BANGSA

Baru-baru ini, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan aspirasi beliau dalam RMK-10 yang pada saya banyak menekankan survival bumiputera khususnya Melayu dalam tempoh 5 tahun mendatang, 2015. Pada saya isu ini dah lama diperkatakan sejak zaman pemerintahan awal kemerdekaan Tanah Melayu 1957, cuma yang berbeza ialah bentuk dan agenda dalam pembentukan bangsa Melayu untuk terus bergerak seiring dengan perubahan arus perdana globalisasi yang kalau kita perhalusi lebih mendalam sangat mementingkan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang luas dan kritikal.
Bila kita mempersoalkan survival bangsa ini, saya ingin mengajak sidang pembaca dan blogger yang lain supaya kita berbalik kepada elemen penting dalam mewujudkan sebuah bangsa yang kompetitif dan berjiwa besar. Bangsa itu sendiri sudah membawa makna yang cukup besar dan sempurna untuk dibangunkan iaitu; kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan, nah, kita sedang membincangkan sekumpulan manusia yang perlu diusahakan dan dibangunkan. Jadi, adakah tercapai hasrat dan cita-cita kerajaan kalau sekiranya kerajaan sendiri yang beria-ia nak membangun? Ini persoalannya.Atas maksud itu, perkara paling mustahak yang perlu kita beri perhatian ialah, ilmu dan kemahiran, mental dan fizikal, serta modal yang sangat besar.
Ilmu tidak dapat kita pertikaikan dalam memastikan bangsa Melayu menjadi sebuah bangsa yang disegani dan kebal untuk bersaing. Masalahnya, kita tidak menitikberatkan ilmu dalam kehidupan seharian kita. Anak-anak dipedalaman ramai yang tercicir dalam akademik dan ilmu kemahiran yang berteknikal tinggi. Usaha seperti memperhebatkan institusi sekolah di kawasan pedalaman harus diperhebatkan dan dipergiat, jangan hangat-hangat tahi ayam. Lagi satu, apa yang dapat saya lihat fenomena dalam bangsa Melayu ialah kita jangan mudah putus asa dan cepat keluh kesah, kerana ilmu tidak akan dapat dikuasai melainkan dengan ketabahan dan jiwa yang tenang dari segala macam permasalahan.Tuntut ilmu jangan sekerat jalan, habiskan dan sempurnakan.
Bagi mewujudkan jiwa yang tenang dan tabah, ia memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Umat Melayu yang merupakan Umat Islam mesti bangun awal di waktu pagi, jangan lepas solat subuh tidur balik, itu kalau solat subuh, kalau tak solat, alangkah malangnya kita sebagai umat yang sibuk memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi, termaktub dalam perlembagaan, pandai pulak cakap termaktub, tapi solat tunggang langgang. Saya syorkan kepada seluruh Bangsa Melayu, lepas solat subuh dan membaca Al-Quran, masing-masing beli surat khabar News Straights Times atau The Sun dan baca,di samping surat khabar Melayu.Bukan apa, kita mesti memiliki kemahiran berbahasa Inggeris selain bahasa lain untuk membolehkan generasi muda kita berdaya saing. Ingatlah wahai bangsaku, jangan kita sibuk nak memperjuangkan bangsa kita kalau kita sendiri tak solat dan malas membaca, lupakanlah kerana solat dan doa yang merupakan satu-satunya senjata kita pun telah kita tinggalkan, macam mana nak pergi berperang.
Perkara terakhir ialah setiap kemajuan pasti ada yang perlu kita korbankan, iaitu wang ringgit, modal. Kalau kita lihat bangsa Israel yang secara puratanya hanya ada kira-kira 20 juta org di seluruh dunia, siaran TV yang ditekankan di negara Israel ialah pemakanan anak-anak yang sempurna dan pendidikan yang berkualiti, kerana mereka sedar, jumlah mereka yang sedikit tidak dapat menyaingi bangsa lain melainkan dengan ilmu pengetahuan dan otak yang genius. Jadi, mereka mementingkan kulaiti daripada kuantiti.Kita pun sedia maklum mereka mendapat modal untuk membangunkan bangsa Yahudi dari dana-dana yang diberikan oleh perniagaan dan badan korporat yang dimiliki sendiri oleh tokoh Yahudi atau negara sekutu mereka di seluruh dunia untuk menampung perbelanjaan dan kos pembangunan mereka. Kita seharusnya bersyukur kerana soal wang ringgit telah disediakan oleh kerajaan, hanya tinggal usaha kita untuk memajukan diri dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Ibu-bapa perlu memberikan peluang dan sokongan yang sewajarnya untuk memajukan anak-anak. Jadilah ibu-bapa yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban dan terkorban demi kemajuan positif anak-anak dalam akademik dan kemahiran.Nah, kita dah tau rahsia Israel yang pada masa kini digeruni seluruh dunia. Jangan pula ada yang berfikiran jumud dengan mengatakan saya pro-Israel, buat apa nak contohi musuh Islam. Hei, kalau kita nak berjaya dan perbaiki kelemahan kita, kita kena banyak menilai dan mengkaji musuh kita kerana disitu kita dapat menilai sejauh mana kekuatan dan kelemahan mereka.Jadi, kita dapat mengalahkan mereka.
Jadi, akhir kata dan pesanan saya kepada seluruh Bangsa Melayu termasuk diri saya ialah, ayuh kita bangkit dengan satu perasaan berkobar-kobar untuk menaikkan martabat Umat Melayu yang sebenarnya mempunyai potensi dan kekuatan yang tersendiri. Bersama-samalah kita bangkit dengan tidak menjatuhkan sesama sendiri, bermusuhan, hasad dengki. Jauhkan semua tu, lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran serta perasaan sensitif terhadap Melayu yang sangat tinggi, pantang dengar Melayu je, kita terus nak memperjuangkannya, jangan kita bersikap acuh tak acuh kerana bangsa Jepun , China, Korea dan Vietnam merupakan bangsa yang mempunyai semangat juang dan perasaan kekitaan yang sangat tinggi. Bersamalah kita renungkan, Wallahua'lam

Tuesday, June 1, 2010

salar-de-uyuni,b0LiviA

Subhanallah, Maha Suci Allah ..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekadar berkongsi keindahan alam.

Salar De Uyuni terletak di Bolivia dan kawasan ini dikatakan ’cermin’ yang paling besar di dunia kerana sifat pantulan yang ada padanya. Kawasan ni juga dikatakan tempat di mana sempadan bumi dan langit bersambung/bertemu sebab seakan tiada garisan sempadan di antara bumi dan langit(kalau tgk gambar).

Sekian, Terima Kasih.